Wednesday, April 28, 2010

yang kulalui denai-denai hidup
penuh becak dan lumpur
amat susah, renyah
tapi lautan itu masih jauh
belum lagi bertemu sungai
yang ada hanya hidup
aku dan mereka
tapi amat indah
walau berlalu satu demi satu
lalu pudar
yang pasti
ia amat dirindui
amat disayangi

Wednesday, April 7, 2010

faRewelL

tiada lagi orang mereput
tiada lagi penagih kerja

selamat tinggal sayang~

(post terakhir menggunakan internet ofis)

Tuesday, April 6, 2010

Bukan mengharap buru cinta Zulaikha
Atau fairy aisyah
Atau cekal Khadijah dan tabah Mariam
Juga curly rosmah, eh
(Rosmah? erk)
Kerana aku tidak seindah Ismail
Tidak setaat Rasul
Yang kuharapkan hanya mirekal cinta
Pada seorang gadis biasa-biasa
Yang merima seaadanya
Sama-sama mengkonkret jambatan kesyurga

(ini merupakan iklan promosi, pada yang berminat bolehla mendapatakan borang ‘mirekal cinta gadis biasa’ dan hantarkanya sebelum tahun angsa ok, short list akan dihubungi)

Saturday, April 3, 2010

melayu itu tidak layu ok~

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bangga jadi anak melayu
Yang ramai orang malu
Yang ramai cakap itu layu
Aku orang melayu
Tiba-tiba tercandu

Arhhhhhhhhh, dulik ar~

(tapi makan maseh pakai sudu, adeh poyo gile)