Saturday, August 14, 2010

2000: SMK SRI KUKUP,
2003: SMKA JOHOR BAHRU
2005: PUSAT MATRIKULASI UIAM
2007: UIAM GOMBAK

2000-2010: Sudah sepuluh tahun rupanya
2003-2010: Sudah lapan tahun rupanya
2005-2010: Sudah enam tahun rupanya

Tingkatan 1: Masih main lari-lari, masih main sembunyi-sembunyi, masih menari-nari membaling kunci sebelum masuk ke surau, masih di buli, masih menangis telefon emak cakap boxer kesayangan hilang dan emak janji mahu beli yang baru, emak dan ayah masih datang setiap minggu bawak "hasil" untuk stok sebulan walaupon mingguan datangnya, diri masih suci, pergghhhh (bila agaknya mimpi pertama,lupa!!!!!), masih menangis jika mahu pulang ke asrama, akal dan otak masih bersih dan suci untuk menghafal al-quran (betul, dulu stakat nak hafal surah al-mulk cuma ambil masa lima belas minit sudah cukup) semua masih dan masih

Tingkatan 2: Emak dan ayah sudah tidak datang setiap minggu, tapi barang-barang dalaman dan toiletries masih mereka yang beli, sudah tidak nangis-nangis, yeayyyyyyyyyyyy

Tingkatan 3: sudah tidak suci, damnnnnnnnnnn !!! (jangan fikir jauh-jauh), akhir tahun berkenaan saya tingglakan sahabat-sahabat alam awal remaja saya, sahabat sekelas dua puluh sembilan orang semuanya, betul ! (batch kami tidak ramai) kami sama-sama mula belajar mengenali dunia, (barok, nizam, fakhrul, cawak, wok, batu, ranggi, mimik, sue, pekong, epul,babat, lail, bean, aceng, dan, najib, yusma, sulai, quya, asiah, faezah, nurul, fifi) cuba memerah keringat mengingati nama mereka, tp masih gagal, maaf itu kelemahan saya, maklum la tidak sesuci dulu, hahaha

Tingkatan 4: berpindah sekolah sebanyak dua kali, mula daftar di SMKA MAAHAD MUAR, keseorangan setelah danuri pindah MRSM, merengek-rengek kat emak untuk pindah sekolah, hahaha, alasan "kita tidak dapat masuk kelas sains, sebab kita nak amek sains tulen", ok alasan tu diterima, dua minggu kemudian bertukar kesekolah SMKA JOHOR BAHRU, ya !! dapat masuk kelas sains tulen, tapi selepas seminggu daftar, saya tukar sendiri ke kelas sains teknikal, emak dan ayah tak tahu sampai sekarang, hehehe, mula-mula peperiksaan saya gagal tiga subjek, matematik tambahan, kimia dan fizik, tapi bersyukur juga tidak dapat no akhir, saya dapat nombor 119 dari 124 jumlah keseluruhan pelajar, di dalam kelas nombor 2, ya 2 dari belakang, ouh tidak mengapa, baru periksa pertama, ada banyak lagi, (untuk membakar semangat)tapi setiap peperiksaan masih sama dan lebih kurang sahaja kedudukan, haishhhh

Tingkatan 5: wah, sudah senior buat kali kedua, hahaha, peperiksaan awal tahun, ya, sama lagi, paling memalukan subjek lukisan kejuruteraan ketika semua orang dapat A1, tapi saya gagal, amat memalukan, ada yang ketawa dan sinis (damnnn you!!), tapi cikgu kata : "tidak mengapa hazli, saya yakin awak boleh, insyallah ilmu awak berkat sebab banyak tolong saya" hehehe, comelkan???? tapi Alhamdulillah, peperiksaan sebenar saya buat sehabis baik, tidak lah begitu cemerlang, tetapi untuk rekod peribadi, kira usaha saya berbaloi, dr kedudukan yang sentiasa belakang-belakang, saya di tangga sekitar ke 23 - 25 untuk peperiksaan spm,yeayyyyy

mesti bosan membaca, lain kali apabila saya bercerita , sila duduk jauh-jauh ya !!!


2 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

jeli............................
i likessssssssss................
sume ini kisah benar yg aku masih terase kehangatannyer............
sgt rindu........................

deli said...

rindukan, rindukan , aku rindu ewannn