Friday, December 31, 2010

9 bulan 10 hari dari sekarang,

tempat pembuangan sampah bakal melahirkan anak-anak "bola" dan "new year"
play safe hahahaha

selamat tahun baru semua !!!!

Sunday, December 26, 2010

ego mereka dirogol dikhalayak ramai !!!!!!!!!!!
tahniah harimau Malaysia

Friday, December 24, 2010

dizaman Nabi Musa umatnya meminta kepada Tuhan agar punya Iman walau hanya sekecil zarah

lalu diperkenankan Tuhan sekecil zarah akan Iman itu
Lantas kesan pada solatnya sekhusyu' hingga tiada menyedari apa yang terjadi

malu untuk aku akui aku punya iman
kau punya Iman?????

Thursday, December 23, 2010

perghhhh, tadi buat pertama kali berkarok (pelik kan??)aku kan melayu ortodoks, mana layan agenda-agenda jahat barat yang nak memusnahkan melayu ni.....
dan tiba-tiba aku nak jadi penyanyi sekarang, tak tahu plak aku ada bakat terpendam,

weeeeeeee

Wednesday, December 22, 2010

setiap detik kini menunggu

apakah ini ?
gila !!!!

Monday, December 13, 2010

sekitar khidmat dakwah di perkampung pos pelantok (btw, aku tidak berdakwah, pergi rumah apak main dengan shafiq, tengok tv sambil makan kerepek, rahsia taw, hahaha )


ni amek angkat yang pertama (nenek teh)


keluarga kedua (apak teh dan mek shima, ada shafiq, munira dan aris abang dia), kami banyak kali makan kat rumah ni, amek masak, perghhhhhhh !!!!


shafiq suka kereta ....ketee....keteee (nada bisik)
shafiqqqqqqqqqq !!!!!!!

keluarga ketiga (amek noriah, amar dan masmona)


amar (muhammad zakumar)

credit to rakan seangkatan, NAJWA atas gambar, dan MAISARAH, cerita kemudian la bagi yang mahu membaca

Saturday, December 11, 2010

Pelantok yang dirindui

IPTA-COMRADE di Pos Pelantok Sungai Siput, Perak
4-10 December 2010

memang da niat, sebelum hari graduasi kene 'join' program ni
alhamdulillah
misi dakwah setelah niat dibetulkan kembali
rasa 'rare' sangat!!!!!

Friday, December 3, 2010

kadang-kadang rasa macam hipokrit, kata tidak mahu jadi rasis, tapi hakikat dalam hati tidak boleh 'dideny'

sebelah bilik ada 'foreigners' baru masuk, asek masak dan bau macam 'shit', sial punya foreigner, habis bau semua baju aku sidai kat luar

korridor luar bilik da ada potensi untuk kotor, memang pukimak diaorang ni

cc dan kiosk 'foreigner' jaga, pengotor dan lembab macam babi


ok, itu semua hati aku yang cakap, bukan aku yang cakap

Thursday, December 2, 2010

MAHA 10

kesimpulanya, kita tidak punya alasan untuk tidak memilih produk Malaysia

Monday, November 15, 2010

lama tidak meng'update'kan entri,
ok,
(berfikir)
ok,
hurmmmm,
ok,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA semua

bak kata kata KHATIB khutbah jumaat lepas, it is not just makan dagiiiiiiiiing
selamat beramal

Wednesday, November 10, 2010

fuhhh fuhhhh (sambil meniup habuk)
wah,
ada labah-labah

Monday, October 11, 2010

betapa kini sangat merindui emak dan ayah
mengapa menelefon mereka pun payah
aduh !!

ke pemanggil mersing malam ini
rasa berat tidak mahu pergi
"packing" pun tidak lagi
dua jam berbaki
M.A.L.A.S

Thursday, October 7, 2010

STABAZ10





(ini bukan program maksiat okkkk !!!!)

Alhamdulillah,
setelah peluh berbaldi
setelah gelap berganda
setelah konflik dan muka-muka
akhirnya selesai
30th september - 4th oktober

kerja keras dari awal semester lagi
banyak kelas "terpaksa" dikorbankan
banyak kerja kumpulan "terpaksa" ditinggalkan (hehehe)
maaf, insyaallah saya cuba kejar kembali semua itu

seperti baru semalam, tapi sebenarnya telah seminggu berlalu
perasaan yang berbagai
dengan orang yang pelbagai
aku bagai

ok !!
STABAZ10 sama sekali bukan program "maksiat"
kami pelawa persatuan dakwah uiam berkolabrasi, agar sama berdakwah,
mereka tolak dengan angkuh, katanya tidak mahu terlibat dengan acara maksiat,
lantas dibiarkannya kami bermaksiat,
aduh!!!! itulah pendakwah masa kini

jika mereka tidak redha dengan apa yang kami lakukan
(apa yang kami lakukan??? )
kami juga tidak redha dengan apa yang kalian dan orang-orang kalian lakukan
menipu
mencuri (ok saya tidak tipu, saya nampak sendiri, tp tidak mahu perbesarkan)
dan men men men yang lain
aduh,
apakah ????

Friday, September 17, 2010

mereka sudah jadi lelaki dewasa
berbual pun tentang gadis-gadis dan masa depan
tentang beban kerja dan saku yang tidak seberapa

antaranya mereka kata gadis itu untuk dicintai dan disayangi, tetapi perlu ada dengan mereka, jangan sampai terpisah dengan jauhnya laut, kerana mereka kata juga mereka perlu disayangi, perlu jumpa-jumpa, perlu bual-bual, perlu keluar sama-sama. kata mereka, mereka inginkan gadis-gadis suci yang tidak disentuh, fikir mereka jauh ke situ, dan aku tahu mereka lebih tahu, kerana di luar ramai yang liar-liar, dan mereka tidak mahu itu. dan aku bertanya pada mereka "yang pada kamu itu siapa?" jawapan mereka "untuk sementara"

mereka berbual tentang kerjaya, ada yang buat kerja-kerja desa, ada jadi pion di pejabat-pejabat, ada yang berjual-jual, rata-rata mereka kata gaji biasa-biasa, makan pakai sendiri . antaranya bergaji 1200, diasingkan 450 untuk bayar kereta dan 100 untuk dahaganya, 250 untuk rumah sewa, bakinya 400, untuk makan juga simpanan kahwin. tidak megnapa, rezeki Tuhan ada di mana-mana

doaku agar kalian berjaya dan bahagia, paling kurang kalian sudah jadi lelaki dewasa, aku belum lagi, mungkin nanti

yang kadangkala turun naiknya
yang kadang kobarnya tak kena
atau sekadar hangat-hangat tahi
atau mungkin jadi munafik

betullah iman jika tidak dijaga

Friday, September 3, 2010

saya mahu bercerita tentang ramadhan
tetapi tidak sampai akal saya mahu mengungkapkanya
hanya boleh dirasa

Monday, August 30, 2010

"saya menggalakkan anda semua mengamalkan sikap toleransi antara kaum seperti mahu duduk disebelah kaum lain di dadalam bas, menolak parti, eh kelab atau persatuan bersikap perkauman atau cukuplah sekadar menjadikan iklan petronas sebagai iklan kegemaran anda"

itu status saya di ruangan lain tempoh hari, dan sekarang ini seperti mahu menulis, tetapi malas, biarlah !!! kalian boleh agak apa yang mahu ditulis, ouh, ketika ini perut amat sakit sempena 31 Ogos, semalam dapat MC, doktor kata --"simpan ubat tu kalau da baik, nanti raya kalau sakit perut lagi tidak perlu datang lagi"---

Monday, August 23, 2010

sangat merindui sahabat-sahabat kukup
lama tidak bersua
malam ini kalian buat aku ketwa

sengal do korang
terguling2 aku ketawa
mcm syal je
arep sorry er, hahahaha

Saturday, August 21, 2010

orang baik tidak akan hadir dua kali
kerana dia hadir berkali-kali
nama pun sudah orang baik
pasti dia akan datang lagi

biar berkali ditendang pergi
biar berkali dicaci maki
biar berkali tertikam hati
atau biar dia sudah mati
pasti datang lagi
dalam kenangan yang diabadi
kerana dia orang baik

Monday, August 16, 2010

kenapa tiba-tiba saya rasa suka ni,
ouh, ini namanya suka,
suka !!
suka !!
suka dia !!

Saturday, August 14, 2010

2000: SMK SRI KUKUP,
2003: SMKA JOHOR BAHRU
2005: PUSAT MATRIKULASI UIAM
2007: UIAM GOMBAK

2000-2010: Sudah sepuluh tahun rupanya
2003-2010: Sudah lapan tahun rupanya
2005-2010: Sudah enam tahun rupanya

Tingkatan 1: Masih main lari-lari, masih main sembunyi-sembunyi, masih menari-nari membaling kunci sebelum masuk ke surau, masih di buli, masih menangis telefon emak cakap boxer kesayangan hilang dan emak janji mahu beli yang baru, emak dan ayah masih datang setiap minggu bawak "hasil" untuk stok sebulan walaupon mingguan datangnya, diri masih suci, pergghhhh (bila agaknya mimpi pertama,lupa!!!!!), masih menangis jika mahu pulang ke asrama, akal dan otak masih bersih dan suci untuk menghafal al-quran (betul, dulu stakat nak hafal surah al-mulk cuma ambil masa lima belas minit sudah cukup) semua masih dan masih

Tingkatan 2: Emak dan ayah sudah tidak datang setiap minggu, tapi barang-barang dalaman dan toiletries masih mereka yang beli, sudah tidak nangis-nangis, yeayyyyyyyyyyyy

Tingkatan 3: sudah tidak suci, damnnnnnnnnnn !!! (jangan fikir jauh-jauh), akhir tahun berkenaan saya tingglakan sahabat-sahabat alam awal remaja saya, sahabat sekelas dua puluh sembilan orang semuanya, betul ! (batch kami tidak ramai) kami sama-sama mula belajar mengenali dunia, (barok, nizam, fakhrul, cawak, wok, batu, ranggi, mimik, sue, pekong, epul,babat, lail, bean, aceng, dan, najib, yusma, sulai, quya, asiah, faezah, nurul, fifi) cuba memerah keringat mengingati nama mereka, tp masih gagal, maaf itu kelemahan saya, maklum la tidak sesuci dulu, hahaha

Tingkatan 4: berpindah sekolah sebanyak dua kali, mula daftar di SMKA MAAHAD MUAR, keseorangan setelah danuri pindah MRSM, merengek-rengek kat emak untuk pindah sekolah, hahaha, alasan "kita tidak dapat masuk kelas sains, sebab kita nak amek sains tulen", ok alasan tu diterima, dua minggu kemudian bertukar kesekolah SMKA JOHOR BAHRU, ya !! dapat masuk kelas sains tulen, tapi selepas seminggu daftar, saya tukar sendiri ke kelas sains teknikal, emak dan ayah tak tahu sampai sekarang, hehehe, mula-mula peperiksaan saya gagal tiga subjek, matematik tambahan, kimia dan fizik, tapi bersyukur juga tidak dapat no akhir, saya dapat nombor 119 dari 124 jumlah keseluruhan pelajar, di dalam kelas nombor 2, ya 2 dari belakang, ouh tidak mengapa, baru periksa pertama, ada banyak lagi, (untuk membakar semangat)tapi setiap peperiksaan masih sama dan lebih kurang sahaja kedudukan, haishhhh

Tingkatan 5: wah, sudah senior buat kali kedua, hahaha, peperiksaan awal tahun, ya, sama lagi, paling memalukan subjek lukisan kejuruteraan ketika semua orang dapat A1, tapi saya gagal, amat memalukan, ada yang ketawa dan sinis (damnnn you!!), tapi cikgu kata : "tidak mengapa hazli, saya yakin awak boleh, insyallah ilmu awak berkat sebab banyak tolong saya" hehehe, comelkan???? tapi Alhamdulillah, peperiksaan sebenar saya buat sehabis baik, tidak lah begitu cemerlang, tetapi untuk rekod peribadi, kira usaha saya berbaloi, dr kedudukan yang sentiasa belakang-belakang, saya di tangga sekitar ke 23 - 25 untuk peperiksaan spm,yeayyyyy

mesti bosan membaca, lain kali apabila saya bercerita , sila duduk jauh-jauh ya !!!


Thursday, August 12, 2010

cuba mengawal nafsu makan saya ketika berbuka, buat sementara ini masih berjaya, seperti tadi sekadar nasi , sedikit kuah dan seekor keli, (keli??) ya keli !! tanpa sayur dan air, owh, ok saya tipu, air cendol free x sampai 100ml pon, hahaha

kenapa tiba-tiba saya meminati keli? mungkin kerana ia sangat seksi dan sedap dimakan, baru kali keempat rasanya

Tuesday, August 10, 2010

awak yang disayangi,

malam ini terawikh jangan lupa

perancangan iftar bersama untuk kita-kita belum didiskusi, oleh itu, marilah ~~~~

selamat berpuasa semua, sama-sama tambah ibadah yaa!!

Friday, August 6, 2010

semester ini rasanya banyak beraktiviti

bermula dengan MIHAS
diikuti TA'ARUF WEEK
kemudian PROGRAM PENERANGAN 1 MALAYSIA
baru selesai KAEDFEST
bakal menyusul STABAZ 2010
dan mungkin CONVEST untuk HALAQAH TV9
dan mungkin juga program kecil yang lain

aku mengharapkan agar tanggungjawab pada Allah tidak terabai, amanah keluarga tidak terbiar, dan tugas pelajaran tidak tertinggal

biar ditahun akhir ini, aku cipta warna-warna indah bersama mereka, jadi sejarah yang bakal dikenang, yang manis bersahabat, yang manis juga pengalaman-pengalaman berkonflik, sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk dikenang nanti, ya, tidak sampai sembilan bulan lagi aku bersama mereka, yang nanti mereka akan pergi membawa diri masing-masing mengemudi dunia sendiri, beralih kepada satu fasa berbeza dan amat lain dari yang ketika ini. pada yang mengikutri ruang ini, sahabat-sahabat baik, janji ya terus bersama disini !!!!!!!

ada telinga yang tidak mahu mendengar
ada mata yang dibuat-buat buta
ada hati yang tidak mahu merasa
ada akal yang mati firasatnya
ada jiwa yang kontang raga
ada mulut yang sering berbicara

p/s: ini adalah aku
pada kalian yang disayangi, mungkin ada yang sudah memahami,
saya akan senyap dan tidak akan bertegur sesiapa, atau seseorang jika::::
...saya sedang emosi
...ada yang bersikap menyakitkan
...rasa diri diperbodohkan
...konflik persahabatn (cewwah) hahaha
...masalah keluarga
...penat
...menjadi bahan gurau yang memalukan (series damn !!!!)
...ada yang memulakan untuk tidak mahu menegur ( ya !!! saya punya ego yang tinggi da amat mementingkan diri)
...menunggu lama (kalian tunggu tidak mengapa) hahaha, kan saya sudah kata saya mementingkan diri !!!!
oleh itu, jika kalian nampak mengapa saya berdiam tidak berbicara, atau kalian tidak disapa, maka saya izinkan untuk membiarkan sahaja saya begitu untuk seketika, saya janji tidak lama, nanti pulih kita bertegur sapa kembali. pada yang sudah terkena (ramai) maaf ya !!!!!

aduh
penat berplastik
tidak mengapa asal engkau tidak sakit hati
biar aku menipu

Monday, August 2, 2010

tidak tahu mengapa semenjak dua ini terlalu emosi,ada yang tidak mahu berkawan lagi,ada yang mahu menjauhkan diri,ada yang sentiasa memerli,ada yang bermacam-macam lagi

aku tidak pernah meminta untuk kau mengenali aku,jauh sekali bersahabat,atau mungkin yang lagi sesuai adalah berkawan,ia !!!! aku tidak menyamakna mereka...bukan aku memilih, tetapi aku menghargai, mana mungkin aku wajar samakan mereka itu dengan mereka yang lain. tiada apa salahnya mereka,mungkin aku yang terlalu emosi. ya !!!, aku tidak pandai bergurau senda caramu, caraku kadang menyakiti, caraku kadang mengasari, caraku kadang menggurisi, dan kadang juga engkau menangisi caraku. dan ia aku memang cepat marah, dan ia aku jarang tersenyum, dan ia aku jarang bertegur sapa, dan biarlah, andai engkau tidak suka,andai engkau tidak selesa, jauhi !!!! aku merayu tolong jauhi aku jika tidak mahu kau aku sakiti. aku sudah biasa, yang pergi sudah berkali-kali aku rasa, dan kini ada lagi, lagi dan lagi, aku bisa faham mimik mukamu malu kau disebelahku, berikan seribu satu alasan, aku terima, pergilah aku tidak halang, aku lebih menghargai andai kau tarik diri, dari kau buat aku sakit hati dan emosi.

lihat, betapa hinanya aku ada yang malu berkawan, ya aku begini, banyak cacat celanya, terima kasih mengingatkan aku tidak sempurna, banyak dosa, banyak cela, sehingga apa yang aku buat semua lain tafsir dari mereka yang lain, aku sendiri tertanya mengapa??? terima kasih mengajarkan aku erti hidup, agar aku lebih menghargai mereka yang menhargai aku, dan pasti aku juga menghargai engkau yang mengajar aku erti itu semua. kau juga warna indah.

dan aku berdoa agar lapan bulan kehadapan bisa berjalan dengan baik tanpa halangan, aku mahu tinggalkan semua itu, aku mahu tinggalkan kamu yang meninggalkan sebagaimana aku meninggalkan mereka yang meninggalkan sebelum ini. dan aku pasti perjalanan yang akan datang tetap sama, ada yang setia disisi, dan ada yang bakal meninggalkan lagi..lagi dan lagi....

Wednesday, July 28, 2010

Entri ini aku tulis dengan separa perasaan marah seusai ‘PROGRAM PENJELASAN 1 DUNIA’ tamat sebelum aku pergi mandi, hahahaha (kata marah??). ia, biar semua orang tahu program dimaksudkan. Siapa aku di situ? Komiti !! dan aku x pernah berbangga dengan status komiti atau apa-apa jawatan yang pernah aku pegang dalam semua program yang aku sertai bermula dari komiti TA’ARUF WEEK bermula ketika ditahun 1 sampai kini aku ditahun 4. Aku bermula dari bawah sebagai komiti biasa-biasa sampai aku naik jadi ketua biro, dan setiap kali aku jadi ketua biro, setiap kali itulah aku cuba untuk untuk jadi orang biasa-biasa. Aku tidak pernah meminta untuk menjadi ketua, dan aku tiada hati untuk jadi ketua. Ya.. kau kata kita perlu jadi pemimpin, aku bertanya... sudah cukup terpimpin kah kau untuk memimpin??? Dan apabila aku diamanahkan untuk jadi ketua, aku jadikan ia satu tanggungjawab yang amat besar, perlu dilaksana, perlu dijaga, tetapi aku tidak pernah berbangga. Aku tidak pernah menagih kepada sesiapa untuk jadi ketua, aku tidak pernah mempertikai kalau aku tidak dipilih untuk jadi ketua.. maaf nota ini sangat emosi ketika ini. Dan (da banyak kali mula dengan dan) dan dan .... x pe, sambung pas mandi (tolong jgn bayangkan yang aku sedang mandi)

Ok sambung, hahaha, aku sudah lari dari niat sebenar berentri ini. Ok, aku sudah bluurrrrr, lupa mahu tulis apa. Berkenaan program yang dinyatakan, ya, lagi sekali aku nyatakan aku sebagai komiti, gelaran yang dibanggakan oleh sebahagian mereka pabila bergelar, aku pun tidak faham mengapa. Sebagai komiti pendaftaran, aku yang mencari peserta, aku yang mewajibkan mereka datang seawal jam 8 malam. Ya, aku..aku...dan aku...eh, juga komiti lain dr biro yang sama, aku wajar guna kami. Mengapa aku guna aku?? Kerna aku ketua, biar tanggunggjawab yang tidak sempurna dipertanggungjawabkan oleh ketua sendiri dan kau harus faham konsep pertama aku apabila jadi ketua. Jangan sesekali salahkan anak-anak buah kalau tugas tidak sempurna. Kembali ke program, yaaaaa, mereka datang seawal 7.45 malam seusai solat maghrib tamat, rata-rata sekitar jam 8.00 malam, dan aku pasti sebahagian mereka belum menjamah makan malam mereka kerana ramai yang bertanya “bang, x da makan kah?” dan aku jawab dengan rasa bersalah “ada dik, roti. Tapi kene ambil selepas program” ya !!, sekadar sebuku roti dan sekotak air, dan aku tahu mereka sedang menahan lapar ketika program. Ketika program, aku buat kira-kira bilangan roti, air dan peserta. Aku tahu aku tidak patut mengganggu kerja orang lain (komiti katering), tapi biarlah aku mengganggu, bukan aku gila pangkat, bukan aku suka campur kerja orang, tapi aku rasa itu tanggungjawab kita semua apabila kita ambil mudah mengenai tanggungjawab, walau sekadar kira-kira mudah. Dalam kiraan aku, bilangan roti dan air 550 dan apabila ramai komiti yang ambil dan makan (termasuk aku kerna pada awalnya dikhabarkan bilangan roti 1000) maka lebih kurang 530 bakinya., dan bilangan perserta 275...untuk memberikan mereka roti seorang untuk mendapat 2 adalah tidak cukup, maka terpaksa diberikan seorang satu, diasingkan untuk komiti seorang mendapat dua walaupon komiti punya hidangan yang jauh lebih mewah (betul, aku benar-benar menyesal kerna mengasingkn roti untuk komiti), kemudian seusai program tamat, mereka turun dan ambil bahagian masing, ya ! sebiji roti dan sekotak air dan aku memang sengaja tidak mahu membantu walupon sudah diminta dari komiti berkenaan. Biar aku duduk tepi sahaja memerhati. Betul jangkaan aku, rata bertanya “roti ja, ingat dapat nasi lemak ke, mee goreng ke? “ dan lagi satu “agak-agak la weh bagi roti ja” (nada marah) aku bertanya? Kau sebagai komiti wajar kau marah kembali atau apa? Atau mencari salah siapa? Sebahagian dari kalian jika jadi komiti pasti akanb menjawab kembali tohmahan dengan nada sebegitu rupa, tetapi tidak aku. Aku akan mencari salah siapa, salah aku jika aku, salah komiti jika komiti, salah penganjur jika penganjur, terpulang pada kalian jika tidak suka mengungkit salah siapa, tetapi aku tidak mahu jadi munafik yang mendiamkan kesalahan sama ada dari aku, ataupun sesiapa kemudian jadi bicara di belakang. Dan yang jelas di sini, salah penganjur, (BUKAN uiam YANG PASTI), dan aku merasakan slogan itu amat munafik. Dalam keaadaan marah perserta, siapa yang mereka marah ? ya, pasti dan tidak lain tidak bukan adalah komiti. Tidak apa, itu memang tanggungjawab kami. Memang kami yang kan dimarah, dan memang kami yang bakal dibenci, ouh, tidak mengapa, itu memang tanggungjawab kami, kalian orang-orang angkasa yang memang patut selalu dipuji-puji, biar kami orang bawah-bawah saling membenci atas tindakan ko..series !!! RM3.00 satu kepala, ckp kat aku dapat ape zaman ini untuk buat program, betul, korang tak pernah intai kehidupan kami.tolonglah, aku betul-betul emosi sekarang ini. Kau dipilih untuk membela nasib kami, tapi sekarang ini satu persatu subsidi kami, satu persatu hak kami kau tarik, kau lupus, kau potong, biar kami ikat perut, biar kami lapar, yaaa, aku sedang marah sebab aku dan mereka orang miskin, kau mungkin tidak rasa bila harga makan naik, tapi setiap sen yang keluar aku terasa. Pernah kau rasa rumah kau bocor pada malam raya membasahi adik kau yang sedang tidur, ya, malam raya .. pernah kau rasa mak kau bergadai harta untuk memasuk kau ke sekolah, ya, kau tidak pernah rasa itu semua, kau orang kaya, kau hidang anak-anak kau makanan diraja, tidak mengapa, kami tetap bersyukur ada beras di rumah. Pernah suatu ketika ta’aruf week seorang pelajar datang bertanya aku, “bang, macam mana kalau belum bayar yuran?” kau rasa sebab apa dia tidak bayar lagi, sebab dia beli hanphone? Sebab bli laptop? Sebab apa? Sebab yuran mahal, seribu lebih bagi kami bukan sikit nak bayar, mana nak cari duit sebanyak itu,ya ada ptptn , ckp kat aku kalu anak sulung tidak perlu sepuluh beradik, enam beradik pon, kalo ayah keje kampung, pasti x cukup. Anak sulung kena tolong kluarga, bantu emak sara adik. Kau tak terasa, sebab kau orang kaya (kau aku maksud bukan untuk sahabat2 aku yang membaca)...sudahla, aku sambung esok, biar angin reda...entri ini tertangguh, di post seusai siap................

Boleh saya sambung???? Ouh boleh asal saja tidak marah (senyum)..biarlah...biarlah...biarlah....angin sudah reda... biar api marah padam, angin kencang reda, badai berhenti badainya (entah apa-apa)

Monday, July 26, 2010

esok program PENERANGAN 1 MALAYSIA
hurmmm, layan sajalahhh

Friday, July 23, 2010

Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jul 20, 10 12:24pm
http://www.malaysiakini.com/letters/137811

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...



Sunday, July 18, 2010

merindui sahabat DNI dan PNT
14 hari amat singkat
kita perlu bersama lagi

Sunday, July 11, 2010

pasca trauma ta'aruf uia di DNI belum mati lagi

Monday, June 28, 2010

menanti mirekal untuk dua minggu ke hadapan
moga datang
jangan lari-lari lagi

p/s
kursus induksi di port dikson...maaf, tiada rasa ikhlas untuk pergi, moga tuhan bantu
untuk adik-adik..selamat datang ke taman ilmu dan budi
(siapa adik-adik yang membaca tu)

Sunday, June 20, 2010

aku : ini apa ? (sambil menyeluk tangan ke dalam kotak)
dia : hadiah pemberian suamiku
aku : ouh, rapuh ya (sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam kotak)
dia : ya, dari tanah perkuburan, organ-organ suamiku yang separa reput
aku : (ketakutan dan terus jaga dari separa lena)

esok MIHAS mula
4.52pagi aku masih gagal untuk lena

Thursday, June 17, 2010

comel kan ????? ( pada kucing itu ya )

aku mimpi
ayah tidak mahu berjemaah denganku lagi
owh
mimpi
mungkin petanda ayah sedang kecil hati
dengan mesej siang tadi
maafkan aku ayah

Tuesday, June 15, 2010

sejuk
sangat sejuk
KAED ni sejuk sangat la
bikin ake getar
bikin aku ketar

Tanyalah Tuhan !
Mengapa beri engkau duka ?
Tanyalah Tuhan !
Mengapa buat engkau derita ?
Tanyalah Tuhan !
Mengapa hilangkan bahagia ?
Tanyalah !
Tanyalah !
Tanyalah !
Bila mahu tanya ?
Sedalam mana duka
Sejauh mana derita
Sedahsyat mana lara
Baru engkau mahu tanya
Tanyalah !

Monday, June 14, 2010

tag ini dari mariah


1. Adakah anda rasa anda hot?

Mestiz, hahahaha


2. Upload wallpaper yang anda gune skarang

nanti ya

3. Ceritakan pasal wallpaper tersebut


4. Bila kali terakhir makan pizza?

Last sem, hezry blanje dengan syafiq n shafiq


5. Lagu paling latest kau dengar skarang

Biar n seratus juta luma puluh kali by FynnJamal dan Ibu by Iwan Fals


6. Apa kau buat selain selesaikan tag ini?

Pegang tuala, nak g mandi jap g


7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape?

Hazli dan jeli : famili dan sahabat

Abang : adik-adik

Adik : abang-abang dan kakak-kakak atau dikaunter-kaunter makanan segera atau pertanyaan ( nampak sangat aku masih muda, ouchhhh )

8. Tag lagi lapan orang

Ouh, tidak mengapa, yang wajar di tag sudah juga.


9. .......aku teruskan pada soalan berkaitan- berikan 5 perkara yang aku tahu pada orang yang mengetag anda?

Siapa tag aku???? Mariah? Ouh, hahahahaha

1. Kau ganggu waktu mandi aku skarang untuk jawab tag ini

2. Dia sedang berbahagia skarang ini

3. Dia yang akan aku cari jika aku bersedih, kata-kata yang dipinjam lalu disalurkan pada aku kembali, agar aku bisa berdiri lagi...lagi...dan lagiiii *(sengih)*

4. Dia ambil berat

5. Dia sangat comel dan sweet, untung dapat dia jadi kekasih hati

((berbaldi sudah aku menghargai kau di sini, blanja aku big apple nanti))


10. Gay or less?

Lurus lah pundekkkk !!!!!!


11. Perasaan jawab tag ini?

Cepat ! cepat ! aku mahu mandi !!!!!!!

Mariah, kau harus tahu, tag ini di post seusai aku mandi, signal alam lungsur di sini macam #^%BA@*%^#*%BI&#@, hahahaha

Friday, June 4, 2010

malu untuk dipampang pada dinding muka buku


pencakar awan, pegun dan sunyi
betulkan aku penyegan????


sebelum mengaggu majlis orang-orang besar di dalam
betul !!! gadis ungu itu seksi, ouchhhh



mungkin meditasi..... ouh ! tidak, itu haram !!

aku mahu terbang bebas, bebas, bebas, bebas








walau sekadar detik-detik yang pantas