Tuesday, February 28, 2012

ak sebenarnya tak faham kenapa ada orang dalam dunia ni, ( konteks terlalu besar) ok aku tukar kenapa ada orang melayu ( racist tidak elok ) ok, aku tukar kenapa ada orang islam ni kalau da buat salah memang tak reti nak minta maaf... adakah itu yang Islam ajar? ak tak da lah pandai sangat bab agama tapi dulu cikgu aku ajar kalau da buat salah minta maaf. Nasib baik aku faham konsep Nabi pun maafkan umat..arghhhhhh

paling senang aku bagi kalau tak reti belajar agama, rujuk kitab sini
http://lucadeketiak.blogspot.com/2012/02/3-perkara.html

Saturday, February 25, 2012

sies aku cakap, aku jarang bersyukur dengan apa yang aku ada, tak kira lah dari sekecil benda seperti pengetip kuku, hingga la sebesar-besar benda, buat sementara ni benda yang paling besar aku ada ialah lugage yang macam budak2 AF tarik bila tersingkir dan aku rasa aku punya besar sikit, tapi dalam beberapa hari lagi ada benda lagi besar aku rasa aku ada insyaAllah.

tapi apalah semua itu untuk diperbincangkah secara ilmiah di sini blog paling suci. ketepikan soal benda remeh temeh itu, mari kita perbincangkan untuk bersyukur memiliki skandal, aku tak pasti boleh disyukuri atau tak untuk memiliki skandal, tapi kehilangan skandal memang mcm gampang aku rasa, sama rasanya macam fail studio dan extend satu tahun atau kehilangan kuasa kelelakian bila berumur 70 tahun, aku rasa lah. tapi aku rasa isu skandal pun tidak boleh diperbincangkan secara ilmiah kerana aku yakin, ia bertentangan dengan norma-norma masyarakat melayu. oleh yang demikian (penggunaan bahasa melayu yang baik, TAHNIAH ), kita biarkan isu skandal jadi kenangan yang bakal mati dalam fikirn tidak lama lagi (ini tipu, aku rasa da empat bulan, tapi tak dapat lupa sampai sekarang ia pathetic orang putih kata)

yang aku nak cakap bukan pasal ibu bapa, sebab ak sangat tidak bersedia untuk kehilangan mereka, oleh itu yang sewajarnya diperbincangkan ialah sahabat dan kawan-kawan, tapi tidak lah mereka mati untuk disedekahkan al-fatihah atau dibacakan yasin, cumanya konsep kehilangan disini adalah tidak lagi dapat bersama lagi untuk menconteng sejarah kehidupan bersama (perghhh, itu bold tandanya sanagat puitis untuk jadi rujukan budak-budak SPM)

esok flight pulangke borneo 7.30pm, elok rasanya aku tidur dulu, lusa aku sambung lagi ( bulan depan )

missing
26/2/2012
2.56am
mahallah al-farouq uiam

Tuesday, February 21, 2012

selamat hari lahir ,

insyaAllah bertemu dan berpisah kerana Allah, pengorbanan ini pahit
kau tahu tak?

Thursday, February 16, 2012

sebenarnya ada baby yang boleh dilahirkan tanpa sperma, maksud aku tanpa persenyawaan sperma dan ovum...dan tolonglah percaya !!!!

Saturday, February 11, 2012

seingat aku, dulu time aku blajar...keje paling jahat lagi hina sebagai seorang student yang comel mcm aku adalah memberikan markah 3 kepada lecturer yang mengajar ketika assessment... dalam bahasa ringkasnya ,

5 adalah untuk sangat baik, cemerlang, seksi dan layak syurga,(ye la siap bagi tazkirah 2 jam, lecture 30 minit ja, terus ilmu jadi Islamik)
4 adalah baik, cantik, sedap mata memandang dan syurga tapi aras bawah sikit
3 adalah memuaskan dan mungkin dipertimbangkan syurga
2 adalah kurang baik, tapi ada ruang untuk diperbaiki juga dipertimbangkan
1 adalah hina, dan wajib bertaubat (aku cuba menggantikan wajib masuk neraka dengan ayat yang lebih sedap mata membaca

aspek yang dinilai biasanya adalah tahap pengajaran dan kefahaman, disiplin seperti pemakaian dan punctuality (betul tak aku eja??), dan lain-lain (sb ak tak ingat)...dan sekarang memang giliran aku dinilai ,,cumanya dulu aku selaku pelajar yang comel menilai, kini aku seorang lecturer yang comel dinilai oleh pelajar yang tak comel (jangan muntah dulu)

dalam banyak-banyak aspek yang dinilai, aku hampir gagal pada satu aspek iaitu pemakaian.. pakaian yang lengkap setahu aku ialah memakai boxer(koyak di depan tidak mengapa), baju dalam (bukan bra), slack dan kemeja, dan neck tie...dan dalam banyak2 tu aku tak pakai neck tie...dan mungkin sebab itu ak hampir digagalkan oleh pelajar yang tidak comel berkenaan...tapi ada satu ruangan komen dibawah, satu tulisan menggunakan pensel yang dipadam menggunkan pemadam murah yang masih meninggalkan kesan dan boleh dibaca tertulis

" Sir, tolonglah bogel ketika kekelas, kami suka sir bogel sebab ianya lebih seksi"

aku rasa aku dah jumpa sebab apa mereka wajib digagalkan !!!! bangang !!!!!

sila muntah !!!