Saturday, February 11, 2012

seingat aku, dulu time aku blajar...keje paling jahat lagi hina sebagai seorang student yang comel mcm aku adalah memberikan markah 3 kepada lecturer yang mengajar ketika assessment... dalam bahasa ringkasnya ,

5 adalah untuk sangat baik, cemerlang, seksi dan layak syurga,(ye la siap bagi tazkirah 2 jam, lecture 30 minit ja, terus ilmu jadi Islamik)
4 adalah baik, cantik, sedap mata memandang dan syurga tapi aras bawah sikit
3 adalah memuaskan dan mungkin dipertimbangkan syurga
2 adalah kurang baik, tapi ada ruang untuk diperbaiki juga dipertimbangkan
1 adalah hina, dan wajib bertaubat (aku cuba menggantikan wajib masuk neraka dengan ayat yang lebih sedap mata membaca

aspek yang dinilai biasanya adalah tahap pengajaran dan kefahaman, disiplin seperti pemakaian dan punctuality (betul tak aku eja??), dan lain-lain (sb ak tak ingat)...dan sekarang memang giliran aku dinilai ,,cumanya dulu aku selaku pelajar yang comel menilai, kini aku seorang lecturer yang comel dinilai oleh pelajar yang tak comel (jangan muntah dulu)

dalam banyak-banyak aspek yang dinilai, aku hampir gagal pada satu aspek iaitu pemakaian.. pakaian yang lengkap setahu aku ialah memakai boxer(koyak di depan tidak mengapa), baju dalam (bukan bra), slack dan kemeja, dan neck tie...dan dalam banyak2 tu aku tak pakai neck tie...dan mungkin sebab itu ak hampir digagalkan oleh pelajar yang tidak comel berkenaan...tapi ada satu ruangan komen dibawah, satu tulisan menggunakan pensel yang dipadam menggunkan pemadam murah yang masih meninggalkan kesan dan boleh dibaca tertulis

" Sir, tolonglah bogel ketika kekelas, kami suka sir bogel sebab ianya lebih seksi"

aku rasa aku dah jumpa sebab apa mereka wajib digagalkan !!!! bangang !!!!!

sila muntah !!!

2 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

yeke????
oooppssss!!!!!!~~~
:')

zat said...

Sirius wei depa tulih macam tu? HAHAHAHA.

Go ahead, gagalkan mereka. *evil grins*