Monday, April 21, 2014

hai

semalam aku pergi pasar malam? aku pon tak tahu kenapa aku pergi pasar malam, K bai dan mohon komen, ak nak survey brapa ramai baca blog ni

Thursday, August 30, 2012

lahanat ape aku rasa nak tulis kat sini malas sangat... ni semua gara-gara twitter yang entah apa yang bestnya pun aku tak tahu

Monday, May 7, 2012

seingat aku (ak memang kuat ingatan, sebab ak minum susu),.....
kejap !!!!!
aku lupa balik nak tulis apa !!! sat cari susu anmum

gulp blurpppp
ok !! seingat aku dulu lecturer ak pernah beri tazkirah masa kami pergi case study di taiping, tapi ak tak berapa nak dengar sebab ayam panggang yang terhidang lebih lazat dari tazkirah beliau, tapi demi seorang lecturer yang memberi ilmu, apalah sangat ayam panggang, ak pinjamkan juga telinga walaupun perut berkeroncong minta diisi ayam berkenaan

dengan nada sebak beliau, "kami sampai bila-bila tetap disini, mengajar , memberi ilmu, tahun berganti tahun, batch demi batch kami tetap disini " suasana sebak ...ak mengharapkan saat berkenaan berlalu pantas kerana adalah tidak elok sebak dan kelaparan berlaku pada waktu yang sama

aku nak cerita yang aku dah enam bulan di bumi jesselton sebenarnya,da ada baby pun, mama baby ja belum ada..tapi ak blurr nak tulis apa...tapi konsepnya sama mcm cerita beliau di atas


dan katak hijau


in appreciation for my first batch of student, thanks a lot for your kindness, cooperation and patience along the semester with me, i have learned a lot with u guys !!! wish you all the best for your next journey of life..
luv u olllss ( DUB6A / DUB6B Session Dec 2011 )
  
ni ja gambar kenangan yang aku ada...tu pon  rembat dari fb Nhessa Hanney dan Seputih Qaseh (amboi klasiknya nama)  ....katak hati itu dari gadis-gadis comel
credit to them

Sunday, March 18, 2012

kemana pun, biar sesat berbatu,

carilah Tuhan

Monday, March 5, 2012

aku bukan nak mengada-ngada, tapi memang hobi aku minum susu sebelum tidur sebab aku yakin, khasiat susu ibu...cumanya da besar ni wajib aku gantikan susu ibu dengan susu orang lain, eh silap, dengan susu yang lain maksud aku.. antara khasiat susu yang aku tahu ialah ia menguatkan tulang selain menjadikan kehidupan anda lebih comel berbanding mereka yang tidak minum susu,

aku bukan nak cerita yang aku suka minum susu ( tapi kalau nak tahu aku minum susu ducth lady, susu hasil perahan lady, part mana yang dia perah tu..jgn tanya aku...aku minum ja )

tapi yang aku nak cerita ni, baby aku kat bawah ni, susu dia kemain lagi, bagi susu tempatan tak mahu, merengek juga nak yang import, katanya lebih seksi dan comel menikmati susu perahan antarabangsa, seminggu Rm100.00, kemain baby papa ni tau, cubit baru tahu,

urghhhhhhhh

Sunday, March 4, 2012



ini baby, lahirnya tanpa pembaziran sperma, tanpa persenyawaan dengan ovum, tiada aktiviti-aktiviti malam hari, dan benar ini baby,

come to papa meh meh

Tuesday, February 28, 2012

ak sebenarnya tak faham kenapa ada orang dalam dunia ni, ( konteks terlalu besar) ok aku tukar kenapa ada orang melayu ( racist tidak elok ) ok, aku tukar kenapa ada orang islam ni kalau da buat salah memang tak reti nak minta maaf... adakah itu yang Islam ajar? ak tak da lah pandai sangat bab agama tapi dulu cikgu aku ajar kalau da buat salah minta maaf. Nasib baik aku faham konsep Nabi pun maafkan umat..arghhhhhh

paling senang aku bagi kalau tak reti belajar agama, rujuk kitab sini
http://lucadeketiak.blogspot.com/2012/02/3-perkara.html

Saturday, February 25, 2012

sies aku cakap, aku jarang bersyukur dengan apa yang aku ada, tak kira lah dari sekecil benda seperti pengetip kuku, hingga la sebesar-besar benda, buat sementara ni benda yang paling besar aku ada ialah lugage yang macam budak2 AF tarik bila tersingkir dan aku rasa aku punya besar sikit, tapi dalam beberapa hari lagi ada benda lagi besar aku rasa aku ada insyaAllah.

tapi apalah semua itu untuk diperbincangkah secara ilmiah di sini blog paling suci. ketepikan soal benda remeh temeh itu, mari kita perbincangkan untuk bersyukur memiliki skandal, aku tak pasti boleh disyukuri atau tak untuk memiliki skandal, tapi kehilangan skandal memang mcm gampang aku rasa, sama rasanya macam fail studio dan extend satu tahun atau kehilangan kuasa kelelakian bila berumur 70 tahun, aku rasa lah. tapi aku rasa isu skandal pun tidak boleh diperbincangkan secara ilmiah kerana aku yakin, ia bertentangan dengan norma-norma masyarakat melayu. oleh yang demikian (penggunaan bahasa melayu yang baik, TAHNIAH ), kita biarkan isu skandal jadi kenangan yang bakal mati dalam fikirn tidak lama lagi (ini tipu, aku rasa da empat bulan, tapi tak dapat lupa sampai sekarang ia pathetic orang putih kata)

yang aku nak cakap bukan pasal ibu bapa, sebab ak sangat tidak bersedia untuk kehilangan mereka, oleh itu yang sewajarnya diperbincangkan ialah sahabat dan kawan-kawan, tapi tidak lah mereka mati untuk disedekahkan al-fatihah atau dibacakan yasin, cumanya konsep kehilangan disini adalah tidak lagi dapat bersama lagi untuk menconteng sejarah kehidupan bersama (perghhh, itu bold tandanya sanagat puitis untuk jadi rujukan budak-budak SPM)

esok flight pulangke borneo 7.30pm, elok rasanya aku tidur dulu, lusa aku sambung lagi ( bulan depan )

missing
26/2/2012
2.56am
mahallah al-farouq uiam

Tuesday, February 21, 2012

selamat hari lahir ,

insyaAllah bertemu dan berpisah kerana Allah, pengorbanan ini pahit
kau tahu tak?

Thursday, February 16, 2012

sebenarnya ada baby yang boleh dilahirkan tanpa sperma, maksud aku tanpa persenyawaan sperma dan ovum...dan tolonglah percaya !!!!

Saturday, February 11, 2012

seingat aku, dulu time aku blajar...keje paling jahat lagi hina sebagai seorang student yang comel mcm aku adalah memberikan markah 3 kepada lecturer yang mengajar ketika assessment... dalam bahasa ringkasnya ,

5 adalah untuk sangat baik, cemerlang, seksi dan layak syurga,(ye la siap bagi tazkirah 2 jam, lecture 30 minit ja, terus ilmu jadi Islamik)
4 adalah baik, cantik, sedap mata memandang dan syurga tapi aras bawah sikit
3 adalah memuaskan dan mungkin dipertimbangkan syurga
2 adalah kurang baik, tapi ada ruang untuk diperbaiki juga dipertimbangkan
1 adalah hina, dan wajib bertaubat (aku cuba menggantikan wajib masuk neraka dengan ayat yang lebih sedap mata membaca

aspek yang dinilai biasanya adalah tahap pengajaran dan kefahaman, disiplin seperti pemakaian dan punctuality (betul tak aku eja??), dan lain-lain (sb ak tak ingat)...dan sekarang memang giliran aku dinilai ,,cumanya dulu aku selaku pelajar yang comel menilai, kini aku seorang lecturer yang comel dinilai oleh pelajar yang tak comel (jangan muntah dulu)

dalam banyak-banyak aspek yang dinilai, aku hampir gagal pada satu aspek iaitu pemakaian.. pakaian yang lengkap setahu aku ialah memakai boxer(koyak di depan tidak mengapa), baju dalam (bukan bra), slack dan kemeja, dan neck tie...dan dalam banyak2 tu aku tak pakai neck tie...dan mungkin sebab itu ak hampir digagalkan oleh pelajar yang tidak comel berkenaan...tapi ada satu ruangan komen dibawah, satu tulisan menggunakan pensel yang dipadam menggunkan pemadam murah yang masih meninggalkan kesan dan boleh dibaca tertulis

" Sir, tolonglah bogel ketika kekelas, kami suka sir bogel sebab ianya lebih seksi"

aku rasa aku dah jumpa sebab apa mereka wajib digagalkan !!!! bangang !!!!!

sila muntah !!!

Tuesday, January 31, 2012


hahahaha...gelak guling2 !!!!

Kesimpulan:
aku tak bleh marah sb ak rasa aku x comel dan muka mesti mcm minta terajang !!!

Monday, January 23, 2012

mana aku mulakan...ok...kehidupan yang aku rasa sangat shit jauh dari segala aspek kehidupan, kawan-kawan, keluarga, skandal-skandal, arghhh, semua nya mcm gampang aku rasa

sebenarnya aku da hilang skill untuk menulis yang sememangnya aku tak pernah ada...ak blurr kat sini sebenarnya ( bangang !!!1 )

mari menulis dengan skema !!!

kehidupan orang bekerjaya baru aku rasa azabnya, kene bangun awal pagi gosok baju, kemas rumah masak, basuh jamban housemate aku beras tak flush (tipu) dll

cerita pengalaman aku mengajar ni, memang dua tiga bulan ni memang menyeksakan, lebih seksa dari tgk azwan ali atau berak sembelit... dalam kelas aku suruh budak2 diam haram tak diam, hyperaktif mcm budak2 shufle kat bukit bintang...aku suruh hantar kuiz 10 minit tak hantar-hantar, aku jadi super saya...reject semua yang hantar lambat, ganas tak ganas nak mengajar anak orang jadi manusia, yang bagus nya budak-budak ni, semangat belajar tinggi tapi pemalas, sama mcm aku

ok, da tak tahu nak tulis apa, bye-bye baby

Sunday, January 8, 2012

aku type
aku delete
type semula
delete lagi

tapi yang aku tau
aku rindu

aku masih belum mampu lagi melepaskan
tapi aku janji
bagi aku peluang
suatu hari nanti aku lepaskan

it feels like a shit baby !!!

Sunday, October 30, 2011

30 oktober 2011

perasaan itu seperti permainan, ,... sial kan???

ia sekarang kau memandang aku lemah,.merayu seperti manusia tidak punya maruah dan kau masih enak jadi aku bahan main-main...kau senyum ketawa melihat aku fakir menagih kasih...kau dabik dada dan bangga

biar aku merayu sampai aku jemu, tapi janji sampai saat aku jemu, kau jadi manusia paling aku benci, itu janji !!!! itu janji !!!


hari ini, 22 April 2012
kau boleh pergi mati la bodoh, janji itu telah kutepati

Wednesday, October 26, 2011

Ya Allah
Dugaan apakah ini ?

Sunday, October 23, 2011


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. orang ganu kata, berat nanang !!! hak3
Disini perlunya kekuatan iman, agar manusia tak bunuh diri

Berat hati, tapi kaki kena kuat berdiri, dimana pun berdiri, ia tetap bumi, milik Tuhan.

Tabah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 12, 2011

fesbuk ni da macam dunia kedua manusia aku tengok, semua update perasaan/aktiviti masing bagi satu dunia tau, macam ni " i benci la suami i, cpt sangat mlm tadi (tipu) " atau " isteri gua tak masak sarapan pg ni, penat sangat malam tadi (tipu gak) " .


Lepas tu jadi bahan gaduh. Di wall suami " abang add siapa ni, abg dah tak sayang ayang lagi, benci abang (pergi mampus) " dan di wall isteri " ala ayang, kawan-kawan je, ayang lagi sexxxxayyyyyy dan comei mcm beruang ok "

aku pun sama gak, grrrrrrr, hakhak


Semua hanya di fesbuk, dapatkan segera di pasaran !!!

Monday, August 8, 2011

aduh,aku lupa aku ade kluarga kat Pelantok


ni la kalau kacang lupakan kulit.....aku rase shafiq da pandai bace... tu mata dia kat atas

Tuesday, August 2, 2011

hati kita tidak akan pernah bersih

kotor hari demi hari

semoga ia tidak mati lagi

salam Ramadhan 14xx Hijrah, errrrrrrrr