Sunday, October 30, 2011

30 oktober 2011

perasaan itu seperti permainan, ,... sial kan???

ia sekarang kau memandang aku lemah,.merayu seperti manusia tidak punya maruah dan kau masih enak jadi aku bahan main-main...kau senyum ketawa melihat aku fakir menagih kasih...kau dabik dada dan bangga

biar aku merayu sampai aku jemu, tapi janji sampai saat aku jemu, kau jadi manusia paling aku benci, itu janji !!!! itu janji !!!


hari ini, 22 April 2012
kau boleh pergi mati la bodoh, janji itu telah kutepati

Wednesday, October 26, 2011

Ya Allah
Dugaan apakah ini ?

Sunday, October 23, 2011


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. orang ganu kata, berat nanang !!! hak3
Disini perlunya kekuatan iman, agar manusia tak bunuh diri

Berat hati, tapi kaki kena kuat berdiri, dimana pun berdiri, ia tetap bumi, milik Tuhan.

Tabah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 12, 2011

fesbuk ni da macam dunia kedua manusia aku tengok, semua update perasaan/aktiviti masing bagi satu dunia tau, macam ni " i benci la suami i, cpt sangat mlm tadi (tipu) " atau " isteri gua tak masak sarapan pg ni, penat sangat malam tadi (tipu gak) " .


Lepas tu jadi bahan gaduh. Di wall suami " abang add siapa ni, abg dah tak sayang ayang lagi, benci abang (pergi mampus) " dan di wall isteri " ala ayang, kawan-kawan je, ayang lagi sexxxxayyyyyy dan comei mcm beruang ok "

aku pun sama gak, grrrrrrr, hakhak


Semua hanya di fesbuk, dapatkan segera di pasaran !!!

Monday, August 8, 2011

aduh,aku lupa aku ade kluarga kat Pelantok


ni la kalau kacang lupakan kulit.....aku rase shafiq da pandai bace... tu mata dia kat atas

Tuesday, August 2, 2011

hati kita tidak akan pernah bersih

kotor hari demi hari

semoga ia tidak mati lagi

salam Ramadhan 14xx Hijrah, errrrrrrrr

Sunday, July 24, 2011

"berubah belum tentu bertaubat
bertaubat pun belum tentu nasuha "

perhhhhhh !!! power gila aku susun ayat..hahahaha
"hanya taubat nasuha yang boleh memadamkan dosa-dosa yang kita buat" cikgu aku cakap dulu,

menyayangi kerana Allah
kan lebih baik,
xkesah la sayang banyak ke, sayang sikit ke,
bukan bawa mati pun, kubur pun asing2, amal lain2

moga perjalanan hidup kita masih jauh, untuk melupakan dan kembali pada fitrah
,
eceeeeeeececece
kalau ada siapa2 nak jemput bg tazkirah maghrib, habaq mai !!! kehkehekeh

Saturday, July 16, 2011

bye bye uia ~~~~

Saturday, July 9, 2011

kini seolah-olah seperti tidak mampu lagi untuk berdiri

segala sistem saraf seperti gagal, degil, lebih tepat malas untuk berfungsi
walau dirangsang dengan apa jua faktor yang bisa menegangkan
apa yang mampu hanya memainkan playback
dengan mata yang tertutup
dengan hati yang tertutup


arhhhhhh, sambung tido balik

Tuesday, July 5, 2011

andai engkau milik aku,

akan aku ikat kau ketat-ketat,
aku simpan dalam kedap,....rapat-rapat,
agar tiada siapa mampu buka

yang mampu kini,
hanya memandang kosong,
mengharap yang satu saat itu akan jadi seribu saat lamanya...

ini adalah rasa sial

sebab getah aku kena lempang dan terajang,

perhhhhhhhh
sial la getah

Saturday, July 2, 2011

siang ini adalah siang terakhir

malam ini adalah malam terakhir

ia menyaksikan pelbagai dosa dan pahala,
gelak ketawa, air mata,
dengan pelbagai perasaan yang deras bertukar,

(eceeee, lama da tak bersajak, amacam?)

4.1 Block B, Mahallah al-Farouq, UIAM, Gombak dalam kenangan

sambung sajak la

ia menyaksikan tertumpahnya pelbagai jenis air,
air milo, air mineral, air...air...air....hurmmmm, hahaha

gila nanti aku rindu bilik ni, tempat paling best layan tidur, paling best layan muvi, paling best la segala mcm yang boleh dilayan,ouh, yang paling best adalah internet yang laju gila babi, free plak tu,arghhhhh

seingat aku, kipas bilik ni tak pernah berhenti berputar pada paksi kejadianya, 24 jam sehari, 8 hari seminggu, sebulan, sesemester, setahun,
dekat dua tahun gak aku duk sini, arggghhhhhh, aku harap bilik ni nanti dapat pengganti yang comel gak mcm aku (ok, itu lahanat)
sayanggggggggggggg la, ecem ecem ecem

notakakiaku:
ini entry terakhir dari 4.1

Sunday, June 26, 2011

aku tengok, ramai orang-orang menggambarkan kehidupan ini dengan pelbagai analogi abstrak dan punya maksud yang mendalam (dan aku tahu 'ramai orang-orang' adalah satu kesalahan tatabahasa)


oleh kerana aku ni, sudah dikira generasi IT dan millenia, aku nak gambarkan bahawa kehidupan ini adalah seperti microsoft word, hurmmm, tak gempak !!! ok, macam perisian lembut (software). aduh, cemana plak nak kaitkan??? ok2, macam CPU la, senang sikit, arhhhh, macam cibai lagi senang !!!!!

Monday, May 30, 2011

aku demam sekarang ni,

sesiapa nak datang melawat, jangan lupa bawak buah anggur,
aku tak shukhee epal, tapi kalau ada, bawak je skali

Thursday, May 5, 2011

gadis adalah kelihatan comel jika meminati korea

tapi aku harap bukan yang ini

Wednesday, April 27, 2011

kawan aku pernah cakap,

kehidupan kita seharusnya bermujahadah,
bukan kehidupan senang lenang,
tapi susah payah !!!!
sies ak cakap,
aku tak tau apa benda tu (mujahadah),
ada kaitan dengan jihad mungkin,
mungkin !!!!

note;
1. dua minggu lagi aku start keje part time, data entry, gila kau sejam kena 5500 key depression, dan maksima 10 kesalahan boleh buat, kalau lebih sila pulang, oyeahhh !!! tapinya kalau jam 2 pagi dia halau, kan lahanat tu !!!! celah mana aku nak balik, ouh !!!, 3565 ada !!!(7pm-4am)

2. aku rasa emak aku merajuk sekarang ni, beliau x mau reply msg, ok, jumaat aku balik, jangan ada lagi yang menghasut !!!!

fuh....fuhhhh....haishhh, habuk !!!! eh, ada labah-labah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, April 3, 2011

aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa aku amat comel mcm lelaki-lelaki korea, kegemaran budak SP aku rasa


mungkin sebab aku bangun awal sebelum subuh yang syahdu dan dingin, ececece, jam 11.30malam lebih tepat, kira sebelum subuh la tu kan??? setelah lebih kurang 19 jam setengah aku ditiduri, eh , eh, tertidur

aku tunggu subuh, aku azam nak sembahyang subuh kat masjid, ye la, sembahyang kat masjid kan lebih afdal, kawan aku cakap dpt 27 pahala dan itu pasti, kalau sembahyang kat bilik sorang-sorang, dapat 1 pahala, itu pun tak pasti sah ke tidak solat tu (korang jangan la terbakar, eh,silap, korang janganlah terasa pulak, kawan aku yang cakap macam tu, bukan aku yang cakap)

oleh kerana aku rasa amat comel pagi ni, aku mandi la sebelum subuh, gosok gigi, cuci muka, picit jerawat, orang cakap muka aku licin macam fahrin ahmad, aku pun tak tahu ye ke tidak, lepas tu aku pakai boxer, kain pelekat dan t-shirt...ye la kan, kene la wangi-wangi sikit, baru lah bertambah comel dan berkeyakinan...

aku tengok budak bukit antarabangsa masih tidur dengan nyenyak, mungkin sedang bermimpi fasha sandha sebab kemenangan beliau di abph mlm tadi, aku dengan rendah hati pun mengejutkan dia untuk solat subuh (nak pinjam moto)

lepas aku rembat kunci moto dia setelah dia blur2 aku ckp dengan dia td, dengan penuh iltizam, semangat yang berkobar mcm budak-budak PLKN, engin motor aku start, dok panaskan engin motor, tiba-tiba hujan. aku tahu ia merupakan rahmat yang diturunkan, cumanya aku gagal untuk menginterpretasi ape kaitan hujan rahmat dengan kegagalan aku untuk pergi ke masjid sebab hujan rahmat tu

hurm, aku rasa aku malas da nak tulis lagi, aku bagi kesimpulan terus

1. setelah 4 tahun aku duduk uia, aku rasa baru dua kali aku sembahyang subuh kat masjid
2. aku tak ada kopiah rupanya selama ni, hahaha, tapi aku ada songkok, ayah aku hadiahkan !
3. aku harap bakal isteri aku tak baca entry ni, hahahaha

selamat beramal kawan-kawan

Sunday, March 27, 2011

masa aku belum mampu melahirkan sperma-sperma berkualiti (masa kecil), tidak pernah terfikir hidup akan sebegini jauh


sampai saat ini, hari-hari aku hisab sendiri tidak sampai pun 20 hari berbaki di uia, yang ada hanya 2 assignments dan 4 kertas untuk diconteng-conteng

InsyaAllah selepas itu, sebagai lelaki dewasa yang comel (macam lahanat), aku nak cari kerja
dan rasanya,untuk normal,
sperma berjaya pun nak cari ovum berjaya juga kan??? hahahaha
hey !!!!!!
awak sexy la, jom kawen !!!!!!

Tuesday, March 15, 2011

aku rasa aku tak patut update blog ketika ini

sewajarnya peluh dan keringat jantan, lelaki, bapok, pondan, mak nyah, perempuan, wanita aku ni harus disimpan untuk berdisertasi

ok, kau perlu faham mengupdate blog ini sebenarnya memerlukan semua itu

tadi pergi kiosk sebab tekak sudah lama tidak dibasahkan dengan air israel (coke),
dan aku macam menyesal juga sebenarnya
sebab ????
bangla tu korek gigi mase bagi duit baki (kan bangsat tu)