Wednesday, July 28, 2010

Entri ini aku tulis dengan separa perasaan marah seusai ‘PROGRAM PENJELASAN 1 DUNIA’ tamat sebelum aku pergi mandi, hahahaha (kata marah??). ia, biar semua orang tahu program dimaksudkan. Siapa aku di situ? Komiti !! dan aku x pernah berbangga dengan status komiti atau apa-apa jawatan yang pernah aku pegang dalam semua program yang aku sertai bermula dari komiti TA’ARUF WEEK bermula ketika ditahun 1 sampai kini aku ditahun 4. Aku bermula dari bawah sebagai komiti biasa-biasa sampai aku naik jadi ketua biro, dan setiap kali aku jadi ketua biro, setiap kali itulah aku cuba untuk untuk jadi orang biasa-biasa. Aku tidak pernah meminta untuk menjadi ketua, dan aku tiada hati untuk jadi ketua. Ya.. kau kata kita perlu jadi pemimpin, aku bertanya... sudah cukup terpimpin kah kau untuk memimpin??? Dan apabila aku diamanahkan untuk jadi ketua, aku jadikan ia satu tanggungjawab yang amat besar, perlu dilaksana, perlu dijaga, tetapi aku tidak pernah berbangga. Aku tidak pernah menagih kepada sesiapa untuk jadi ketua, aku tidak pernah mempertikai kalau aku tidak dipilih untuk jadi ketua.. maaf nota ini sangat emosi ketika ini. Dan (da banyak kali mula dengan dan) dan dan .... x pe, sambung pas mandi (tolong jgn bayangkan yang aku sedang mandi)

Ok sambung, hahaha, aku sudah lari dari niat sebenar berentri ini. Ok, aku sudah bluurrrrr, lupa mahu tulis apa. Berkenaan program yang dinyatakan, ya, lagi sekali aku nyatakan aku sebagai komiti, gelaran yang dibanggakan oleh sebahagian mereka pabila bergelar, aku pun tidak faham mengapa. Sebagai komiti pendaftaran, aku yang mencari peserta, aku yang mewajibkan mereka datang seawal jam 8 malam. Ya, aku..aku...dan aku...eh, juga komiti lain dr biro yang sama, aku wajar guna kami. Mengapa aku guna aku?? Kerna aku ketua, biar tanggunggjawab yang tidak sempurna dipertanggungjawabkan oleh ketua sendiri dan kau harus faham konsep pertama aku apabila jadi ketua. Jangan sesekali salahkan anak-anak buah kalau tugas tidak sempurna. Kembali ke program, yaaaaa, mereka datang seawal 7.45 malam seusai solat maghrib tamat, rata-rata sekitar jam 8.00 malam, dan aku pasti sebahagian mereka belum menjamah makan malam mereka kerana ramai yang bertanya “bang, x da makan kah?” dan aku jawab dengan rasa bersalah “ada dik, roti. Tapi kene ambil selepas program” ya !!, sekadar sebuku roti dan sekotak air, dan aku tahu mereka sedang menahan lapar ketika program. Ketika program, aku buat kira-kira bilangan roti, air dan peserta. Aku tahu aku tidak patut mengganggu kerja orang lain (komiti katering), tapi biarlah aku mengganggu, bukan aku gila pangkat, bukan aku suka campur kerja orang, tapi aku rasa itu tanggungjawab kita semua apabila kita ambil mudah mengenai tanggungjawab, walau sekadar kira-kira mudah. Dalam kiraan aku, bilangan roti dan air 550 dan apabila ramai komiti yang ambil dan makan (termasuk aku kerna pada awalnya dikhabarkan bilangan roti 1000) maka lebih kurang 530 bakinya., dan bilangan perserta 275...untuk memberikan mereka roti seorang untuk mendapat 2 adalah tidak cukup, maka terpaksa diberikan seorang satu, diasingkan untuk komiti seorang mendapat dua walaupon komiti punya hidangan yang jauh lebih mewah (betul, aku benar-benar menyesal kerna mengasingkn roti untuk komiti), kemudian seusai program tamat, mereka turun dan ambil bahagian masing, ya ! sebiji roti dan sekotak air dan aku memang sengaja tidak mahu membantu walupon sudah diminta dari komiti berkenaan. Biar aku duduk tepi sahaja memerhati. Betul jangkaan aku, rata bertanya “roti ja, ingat dapat nasi lemak ke, mee goreng ke? “ dan lagi satu “agak-agak la weh bagi roti ja” (nada marah) aku bertanya? Kau sebagai komiti wajar kau marah kembali atau apa? Atau mencari salah siapa? Sebahagian dari kalian jika jadi komiti pasti akanb menjawab kembali tohmahan dengan nada sebegitu rupa, tetapi tidak aku. Aku akan mencari salah siapa, salah aku jika aku, salah komiti jika komiti, salah penganjur jika penganjur, terpulang pada kalian jika tidak suka mengungkit salah siapa, tetapi aku tidak mahu jadi munafik yang mendiamkan kesalahan sama ada dari aku, ataupun sesiapa kemudian jadi bicara di belakang. Dan yang jelas di sini, salah penganjur, (BUKAN uiam YANG PASTI), dan aku merasakan slogan itu amat munafik. Dalam keaadaan marah perserta, siapa yang mereka marah ? ya, pasti dan tidak lain tidak bukan adalah komiti. Tidak apa, itu memang tanggungjawab kami. Memang kami yang kan dimarah, dan memang kami yang bakal dibenci, ouh, tidak mengapa, itu memang tanggungjawab kami, kalian orang-orang angkasa yang memang patut selalu dipuji-puji, biar kami orang bawah-bawah saling membenci atas tindakan ko..series !!! RM3.00 satu kepala, ckp kat aku dapat ape zaman ini untuk buat program, betul, korang tak pernah intai kehidupan kami.tolonglah, aku betul-betul emosi sekarang ini. Kau dipilih untuk membela nasib kami, tapi sekarang ini satu persatu subsidi kami, satu persatu hak kami kau tarik, kau lupus, kau potong, biar kami ikat perut, biar kami lapar, yaaa, aku sedang marah sebab aku dan mereka orang miskin, kau mungkin tidak rasa bila harga makan naik, tapi setiap sen yang keluar aku terasa. Pernah kau rasa rumah kau bocor pada malam raya membasahi adik kau yang sedang tidur, ya, malam raya .. pernah kau rasa mak kau bergadai harta untuk memasuk kau ke sekolah, ya, kau tidak pernah rasa itu semua, kau orang kaya, kau hidang anak-anak kau makanan diraja, tidak mengapa, kami tetap bersyukur ada beras di rumah. Pernah suatu ketika ta’aruf week seorang pelajar datang bertanya aku, “bang, macam mana kalau belum bayar yuran?” kau rasa sebab apa dia tidak bayar lagi, sebab dia beli hanphone? Sebab bli laptop? Sebab apa? Sebab yuran mahal, seribu lebih bagi kami bukan sikit nak bayar, mana nak cari duit sebanyak itu,ya ada ptptn , ckp kat aku kalu anak sulung tidak perlu sepuluh beradik, enam beradik pon, kalo ayah keje kampung, pasti x cukup. Anak sulung kena tolong kluarga, bantu emak sara adik. Kau tak terasa, sebab kau orang kaya (kau aku maksud bukan untuk sahabat2 aku yang membaca)...sudahla, aku sambung esok, biar angin reda...entri ini tertangguh, di post seusai siap................

Boleh saya sambung???? Ouh boleh asal saja tidak marah (senyum)..biarlah...biarlah...biarlah....angin sudah reda... biar api marah padam, angin kencang reda, badai berhenti badainya (entah apa-apa)

Monday, July 26, 2010

esok program PENERANGAN 1 MALAYSIA
hurmmm, layan sajalahhh

Friday, July 23, 2010

Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jul 20, 10 12:24pm
http://www.malaysiakini.com/letters/137811

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...



Sunday, July 18, 2010

merindui sahabat DNI dan PNT
14 hari amat singkat
kita perlu bersama lagi

Sunday, July 11, 2010

pasca trauma ta'aruf uia di DNI belum mati lagi