Monday, August 30, 2010

"saya menggalakkan anda semua mengamalkan sikap toleransi antara kaum seperti mahu duduk disebelah kaum lain di dadalam bas, menolak parti, eh kelab atau persatuan bersikap perkauman atau cukuplah sekadar menjadikan iklan petronas sebagai iklan kegemaran anda"

itu status saya di ruangan lain tempoh hari, dan sekarang ini seperti mahu menulis, tetapi malas, biarlah !!! kalian boleh agak apa yang mahu ditulis, ouh, ketika ini perut amat sakit sempena 31 Ogos, semalam dapat MC, doktor kata --"simpan ubat tu kalau da baik, nanti raya kalau sakit perut lagi tidak perlu datang lagi"---

Monday, August 23, 2010

sangat merindui sahabat-sahabat kukup
lama tidak bersua
malam ini kalian buat aku ketwa

sengal do korang
terguling2 aku ketawa
mcm syal je
arep sorry er, hahahaha

Saturday, August 21, 2010

orang baik tidak akan hadir dua kali
kerana dia hadir berkali-kali
nama pun sudah orang baik
pasti dia akan datang lagi

biar berkali ditendang pergi
biar berkali dicaci maki
biar berkali tertikam hati
atau biar dia sudah mati
pasti datang lagi
dalam kenangan yang diabadi
kerana dia orang baik

Monday, August 16, 2010

kenapa tiba-tiba saya rasa suka ni,
ouh, ini namanya suka,
suka !!
suka !!
suka dia !!

Saturday, August 14, 2010

2000: SMK SRI KUKUP,
2003: SMKA JOHOR BAHRU
2005: PUSAT MATRIKULASI UIAM
2007: UIAM GOMBAK

2000-2010: Sudah sepuluh tahun rupanya
2003-2010: Sudah lapan tahun rupanya
2005-2010: Sudah enam tahun rupanya

Tingkatan 1: Masih main lari-lari, masih main sembunyi-sembunyi, masih menari-nari membaling kunci sebelum masuk ke surau, masih di buli, masih menangis telefon emak cakap boxer kesayangan hilang dan emak janji mahu beli yang baru, emak dan ayah masih datang setiap minggu bawak "hasil" untuk stok sebulan walaupon mingguan datangnya, diri masih suci, pergghhhh (bila agaknya mimpi pertama,lupa!!!!!), masih menangis jika mahu pulang ke asrama, akal dan otak masih bersih dan suci untuk menghafal al-quran (betul, dulu stakat nak hafal surah al-mulk cuma ambil masa lima belas minit sudah cukup) semua masih dan masih

Tingkatan 2: Emak dan ayah sudah tidak datang setiap minggu, tapi barang-barang dalaman dan toiletries masih mereka yang beli, sudah tidak nangis-nangis, yeayyyyyyyyyyyy

Tingkatan 3: sudah tidak suci, damnnnnnnnnnn !!! (jangan fikir jauh-jauh), akhir tahun berkenaan saya tingglakan sahabat-sahabat alam awal remaja saya, sahabat sekelas dua puluh sembilan orang semuanya, betul ! (batch kami tidak ramai) kami sama-sama mula belajar mengenali dunia, (barok, nizam, fakhrul, cawak, wok, batu, ranggi, mimik, sue, pekong, epul,babat, lail, bean, aceng, dan, najib, yusma, sulai, quya, asiah, faezah, nurul, fifi) cuba memerah keringat mengingati nama mereka, tp masih gagal, maaf itu kelemahan saya, maklum la tidak sesuci dulu, hahaha

Tingkatan 4: berpindah sekolah sebanyak dua kali, mula daftar di SMKA MAAHAD MUAR, keseorangan setelah danuri pindah MRSM, merengek-rengek kat emak untuk pindah sekolah, hahaha, alasan "kita tidak dapat masuk kelas sains, sebab kita nak amek sains tulen", ok alasan tu diterima, dua minggu kemudian bertukar kesekolah SMKA JOHOR BAHRU, ya !! dapat masuk kelas sains tulen, tapi selepas seminggu daftar, saya tukar sendiri ke kelas sains teknikal, emak dan ayah tak tahu sampai sekarang, hehehe, mula-mula peperiksaan saya gagal tiga subjek, matematik tambahan, kimia dan fizik, tapi bersyukur juga tidak dapat no akhir, saya dapat nombor 119 dari 124 jumlah keseluruhan pelajar, di dalam kelas nombor 2, ya 2 dari belakang, ouh tidak mengapa, baru periksa pertama, ada banyak lagi, (untuk membakar semangat)tapi setiap peperiksaan masih sama dan lebih kurang sahaja kedudukan, haishhhh

Tingkatan 5: wah, sudah senior buat kali kedua, hahaha, peperiksaan awal tahun, ya, sama lagi, paling memalukan subjek lukisan kejuruteraan ketika semua orang dapat A1, tapi saya gagal, amat memalukan, ada yang ketawa dan sinis (damnnn you!!), tapi cikgu kata : "tidak mengapa hazli, saya yakin awak boleh, insyallah ilmu awak berkat sebab banyak tolong saya" hehehe, comelkan???? tapi Alhamdulillah, peperiksaan sebenar saya buat sehabis baik, tidak lah begitu cemerlang, tetapi untuk rekod peribadi, kira usaha saya berbaloi, dr kedudukan yang sentiasa belakang-belakang, saya di tangga sekitar ke 23 - 25 untuk peperiksaan spm,yeayyyyy

mesti bosan membaca, lain kali apabila saya bercerita , sila duduk jauh-jauh ya !!!


Thursday, August 12, 2010

cuba mengawal nafsu makan saya ketika berbuka, buat sementara ini masih berjaya, seperti tadi sekadar nasi , sedikit kuah dan seekor keli, (keli??) ya keli !! tanpa sayur dan air, owh, ok saya tipu, air cendol free x sampai 100ml pon, hahaha

kenapa tiba-tiba saya meminati keli? mungkin kerana ia sangat seksi dan sedap dimakan, baru kali keempat rasanya

Tuesday, August 10, 2010

awak yang disayangi,

malam ini terawikh jangan lupa

perancangan iftar bersama untuk kita-kita belum didiskusi, oleh itu, marilah ~~~~

selamat berpuasa semua, sama-sama tambah ibadah yaa!!

Friday, August 6, 2010

semester ini rasanya banyak beraktiviti

bermula dengan MIHAS
diikuti TA'ARUF WEEK
kemudian PROGRAM PENERANGAN 1 MALAYSIA
baru selesai KAEDFEST
bakal menyusul STABAZ 2010
dan mungkin CONVEST untuk HALAQAH TV9
dan mungkin juga program kecil yang lain

aku mengharapkan agar tanggungjawab pada Allah tidak terabai, amanah keluarga tidak terbiar, dan tugas pelajaran tidak tertinggal

biar ditahun akhir ini, aku cipta warna-warna indah bersama mereka, jadi sejarah yang bakal dikenang, yang manis bersahabat, yang manis juga pengalaman-pengalaman berkonflik, sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk dikenang nanti, ya, tidak sampai sembilan bulan lagi aku bersama mereka, yang nanti mereka akan pergi membawa diri masing-masing mengemudi dunia sendiri, beralih kepada satu fasa berbeza dan amat lain dari yang ketika ini. pada yang mengikutri ruang ini, sahabat-sahabat baik, janji ya terus bersama disini !!!!!!!

ada telinga yang tidak mahu mendengar
ada mata yang dibuat-buat buta
ada hati yang tidak mahu merasa
ada akal yang mati firasatnya
ada jiwa yang kontang raga
ada mulut yang sering berbicara

p/s: ini adalah aku
pada kalian yang disayangi, mungkin ada yang sudah memahami,
saya akan senyap dan tidak akan bertegur sesiapa, atau seseorang jika::::
...saya sedang emosi
...ada yang bersikap menyakitkan
...rasa diri diperbodohkan
...konflik persahabatn (cewwah) hahaha
...masalah keluarga
...penat
...menjadi bahan gurau yang memalukan (series damn !!!!)
...ada yang memulakan untuk tidak mahu menegur ( ya !!! saya punya ego yang tinggi da amat mementingkan diri)
...menunggu lama (kalian tunggu tidak mengapa) hahaha, kan saya sudah kata saya mementingkan diri !!!!
oleh itu, jika kalian nampak mengapa saya berdiam tidak berbicara, atau kalian tidak disapa, maka saya izinkan untuk membiarkan sahaja saya begitu untuk seketika, saya janji tidak lama, nanti pulih kita bertegur sapa kembali. pada yang sudah terkena (ramai) maaf ya !!!!!

aduh
penat berplastik
tidak mengapa asal engkau tidak sakit hati
biar aku menipu

Monday, August 2, 2010

tidak tahu mengapa semenjak dua ini terlalu emosi,ada yang tidak mahu berkawan lagi,ada yang mahu menjauhkan diri,ada yang sentiasa memerli,ada yang bermacam-macam lagi

aku tidak pernah meminta untuk kau mengenali aku,jauh sekali bersahabat,atau mungkin yang lagi sesuai adalah berkawan,ia !!!! aku tidak menyamakna mereka...bukan aku memilih, tetapi aku menghargai, mana mungkin aku wajar samakan mereka itu dengan mereka yang lain. tiada apa salahnya mereka,mungkin aku yang terlalu emosi. ya !!!, aku tidak pandai bergurau senda caramu, caraku kadang menyakiti, caraku kadang mengasari, caraku kadang menggurisi, dan kadang juga engkau menangisi caraku. dan ia aku memang cepat marah, dan ia aku jarang tersenyum, dan ia aku jarang bertegur sapa, dan biarlah, andai engkau tidak suka,andai engkau tidak selesa, jauhi !!!! aku merayu tolong jauhi aku jika tidak mahu kau aku sakiti. aku sudah biasa, yang pergi sudah berkali-kali aku rasa, dan kini ada lagi, lagi dan lagi, aku bisa faham mimik mukamu malu kau disebelahku, berikan seribu satu alasan, aku terima, pergilah aku tidak halang, aku lebih menghargai andai kau tarik diri, dari kau buat aku sakit hati dan emosi.

lihat, betapa hinanya aku ada yang malu berkawan, ya aku begini, banyak cacat celanya, terima kasih mengingatkan aku tidak sempurna, banyak dosa, banyak cela, sehingga apa yang aku buat semua lain tafsir dari mereka yang lain, aku sendiri tertanya mengapa??? terima kasih mengajarkan aku erti hidup, agar aku lebih menghargai mereka yang menhargai aku, dan pasti aku juga menghargai engkau yang mengajar aku erti itu semua. kau juga warna indah.

dan aku berdoa agar lapan bulan kehadapan bisa berjalan dengan baik tanpa halangan, aku mahu tinggalkan semua itu, aku mahu tinggalkan kamu yang meninggalkan sebagaimana aku meninggalkan mereka yang meninggalkan sebelum ini. dan aku pasti perjalanan yang akan datang tetap sama, ada yang setia disisi, dan ada yang bakal meninggalkan lagi..lagi dan lagi....