Sunday, April 3, 2011

aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa aku amat comel mcm lelaki-lelaki korea, kegemaran budak SP aku rasa


mungkin sebab aku bangun awal sebelum subuh yang syahdu dan dingin, ececece, jam 11.30malam lebih tepat, kira sebelum subuh la tu kan??? setelah lebih kurang 19 jam setengah aku ditiduri, eh , eh, tertidur

aku tunggu subuh, aku azam nak sembahyang subuh kat masjid, ye la, sembahyang kat masjid kan lebih afdal, kawan aku cakap dpt 27 pahala dan itu pasti, kalau sembahyang kat bilik sorang-sorang, dapat 1 pahala, itu pun tak pasti sah ke tidak solat tu (korang jangan la terbakar, eh,silap, korang janganlah terasa pulak, kawan aku yang cakap macam tu, bukan aku yang cakap)

oleh kerana aku rasa amat comel pagi ni, aku mandi la sebelum subuh, gosok gigi, cuci muka, picit jerawat, orang cakap muka aku licin macam fahrin ahmad, aku pun tak tahu ye ke tidak, lepas tu aku pakai boxer, kain pelekat dan t-shirt...ye la kan, kene la wangi-wangi sikit, baru lah bertambah comel dan berkeyakinan...

aku tengok budak bukit antarabangsa masih tidur dengan nyenyak, mungkin sedang bermimpi fasha sandha sebab kemenangan beliau di abph mlm tadi, aku dengan rendah hati pun mengejutkan dia untuk solat subuh (nak pinjam moto)

lepas aku rembat kunci moto dia setelah dia blur2 aku ckp dengan dia td, dengan penuh iltizam, semangat yang berkobar mcm budak-budak PLKN, engin motor aku start, dok panaskan engin motor, tiba-tiba hujan. aku tahu ia merupakan rahmat yang diturunkan, cumanya aku gagal untuk menginterpretasi ape kaitan hujan rahmat dengan kegagalan aku untuk pergi ke masjid sebab hujan rahmat tu

hurm, aku rasa aku malas da nak tulis lagi, aku bagi kesimpulan terus

1. setelah 4 tahun aku duduk uia, aku rasa baru dua kali aku sembahyang subuh kat masjid
2. aku tak ada kopiah rupanya selama ni, hahaha, tapi aku ada songkok, ayah aku hadiahkan !
3. aku harap bakal isteri aku tak baca entry ni, hahahaha

selamat beramal kawan-kawan

3 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

jeli......
sayu aku membacanya.....
tahniah...etlis niat dah ade...
yeyyyy!!!!!!~~~
suker....
:'D

'Izzati H. said...

lepas ni ko datang je maryam pnjm PEU tu p mesjid.. dapat share pahala skit.. kehkehkeh..

tapa esok try lagi eh..haha

rafiq said...

memang betul. bila solat berjemaah Allah akan ampun dosa kita jika melakukan kesalahan dan kita sudah dapat 27 pahala berjemaah. tapi bila solat sorang malaikat kiri kanan atas bawah akan jaga kita untuk check perbuatan kita. kalau salah sikit pahala dari 1 tu akan dipotong sikit demi sedikit sehingga habis jika terlalu banyak kesalaha seperti wuduk tak sempurna atau sebgainya. solat tu sah tetapi tak dapat apa-apa ganjaran. apa guna amalan jika tiada ganjaran kan?

sekadar mahu berkongsi.