Friday, September 17, 2010

mereka sudah jadi lelaki dewasa
berbual pun tentang gadis-gadis dan masa depan
tentang beban kerja dan saku yang tidak seberapa

antaranya mereka kata gadis itu untuk dicintai dan disayangi, tetapi perlu ada dengan mereka, jangan sampai terpisah dengan jauhnya laut, kerana mereka kata juga mereka perlu disayangi, perlu jumpa-jumpa, perlu bual-bual, perlu keluar sama-sama. kata mereka, mereka inginkan gadis-gadis suci yang tidak disentuh, fikir mereka jauh ke situ, dan aku tahu mereka lebih tahu, kerana di luar ramai yang liar-liar, dan mereka tidak mahu itu. dan aku bertanya pada mereka "yang pada kamu itu siapa?" jawapan mereka "untuk sementara"

mereka berbual tentang kerjaya, ada yang buat kerja-kerja desa, ada jadi pion di pejabat-pejabat, ada yang berjual-jual, rata-rata mereka kata gaji biasa-biasa, makan pakai sendiri . antaranya bergaji 1200, diasingkan 450 untuk bayar kereta dan 100 untuk dahaganya, 250 untuk rumah sewa, bakinya 400, untuk makan juga simpanan kahwin. tidak megnapa, rezeki Tuhan ada di mana-mana

doaku agar kalian berjaya dan bahagia, paling kurang kalian sudah jadi lelaki dewasa, aku belum lagi, mungkin nanti

7 comments:

Hamba Yg BersYukur said...

insyaallah...k0 pn bakal jd dewasa gak..

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

suke sggtt~~~~~
akan datang!!!!

deli said...

kan? ko work out dgn working paper or ape2 berkaitan la, ko kan da ada skandal dgn penyelia

Iji said...

ko dah dewasa la.. sikit.. relax la one by one.. hehhee.. AAH ni macam orang yang aku kenal la?

Hamba Yg BersYukur said...

x brp nk kenal lah Kihee nihhh...spe ek??

Iji said...

AAH pemes .. smua orang kenal.. kiheee ni manalah pemes.. smua x kenai..

Hamba Yg BersYukur said...

apa suma nih KIhee...ish2x..x paham sungguh